ok now i m doing reseach pasal homemade baby food. for you information i am fully breastfeeding him and he only eat fruit/vege puree bila 6 months haritu.. sebab kita orang melayu ni memang tak jauh dengan nasik so now requirement dia ialah bubur.. mommy kena belajar macam mana nak masak bubur dengan paling menjaga khasiat dia paling bagus untuk dia tapi yang paling tak kacau weekday mommy. maklumlaa mommy ni bekerja kan so kena laa pandai guna taktik2..
ok first pasal what type of beras nak pakai.
sebab kan banyak jenis beras kan so macam confuse la nak beli beras apa.. bila tanya opismate kata beras putih lagi bagus dari beras merah jadi macam erkkkk ye ke.. so mommy yang tak puas hati ni menghabiskan banyak masa dalam satu hari ni mengugel sana ni dan mencarik kebenarannya. InsyaAllah.
So, untuk beras mommy decide beras perang la ye. sebabnya;
mengekalkan berat badan yang ideal, so tak ada la risau nanti HAHA obese ka apa kan.. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser, haa sebab tamau la HAHA susah nak buang ka apa.. menurunkan kolesterol dalam badan. Beras perang ni jugak mempunyai segala kebaikan nutrisi seperti vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.Maksudnya kat sini lagi bagus la beras perang ni sebabb Beras perang takda go through proses mengilat atau memutih seperti beras putih yang menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
ok dengan semua kebaikan di atas ini, maka mommy decide beras perang lebih baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi.
Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks (nota lebih untuk diri sendiri ni)
ok now macammana nak buat nya pulak.. perlu ke beras ni direndam dahulu?
ye beras perang perlu direndam semalam ya tak macam beras putih. tapi jangan risau kandungan nutrisi nya tetap tip top walaupun kena rendam semalam.
Mengapa ye perlu sangat untuk direndam?
kalau rajin bacalaa kat bawah ni sebab musabab nya;
Bijirin adalah benih.Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda. oleh itu, rendam laa beras perang anda atau apa-apa bijirin sebelum proses seterusnya..
Nak jimat waktu: Beli lemon dan bekukan jusnye dalam bentuk ice cube (macam bekukan puree) setiap satu 1 sudu besar.
Tapi lemon tu untuk oat kut so untuk beras perang ni i just rendam beras perang 24 hours dan kemudian toskan. Selepas ditoskan beras di jemur kat matahari whole day. Lepas tu di sangai kan beras tu and blend. So kita boleh simpan stok cerelac sndr itu dan memudahkan kehidupan working mummy yang masih nak sediakan homemade food for our little precious.